Balik kampung ooo oo ooh balik kampung!

 

Raya hampir tiba! Dah tentu semua tengah buat persiapan tak sabar nak balik kampung kan? Kereta atau moto tu dah service belum? Sini ada checklist yang harus dibuat sebelum anda memulakan perjalanan jauh ke kampung halaman anda!

 

 

1. Pastikan semua bendalir dan minyak pelincir mencukupi

-Pelincir dan bendalir semacam darah untuk sesebuah kenderaan. Ia penting untuk memastikan enjin anda berada dalam keadaan terbaik untuk membawa anda ke destinasi anda. Oleh itu, pastikan minyak enjin dah tukar, coolant radiator, minyak brek dan power steering telah diisi penuh!

 

 

2. Membuat semakan ‘wear and tear’

-Apabila kenderaan anda telah berusia, kebanyakkan komponen seperti wiper, timing belt, engine mounting, bushing, drive shaft, absorber, brake pad, dan tayar harus ditukar untuk keselesaan memandu. Komponen kenderaan ini amat penting dan harus dibaiki untuk memastikan keselamatan keluarga anda di jalan raya. Alat ganti seperti wiper yang berkualiti dan tahan lasak boleh didapati di aplikasi Presto dan ia mudah dipasang pada kenderaan anda. Wiper yang telah lama boleh menjejaskan penglihatan anda terutamanya bila hujan lebat so kena tukar ye!

 

SMV – Wiper for Care below 1700cc - https://deals.prestouniverse.com/deal?drn=DL18Q7OGZ5L

 

 

3. Pastikan semua lampu menyala

-Selain dari menjadi kesalahan di sisi undang-undang, sesebuah kenderaan yang lampunya telah bakar juga amat berbahaya terutamanya waktu hujan lebat atau waktu malam. Pastikan lampu seperti lampu signal, lampu brek dan lampu depan anda sentiasa menyala.

 

 

4. Mekap kete!

-Dah setel kesemua di atas, bolehlah kita mekap kete sikit. Kan balik raya kena ada gaya sikit? Deal polish dan wax yang murah boleh didapati di aplikasi seperti Presto. Hang kena rajin update dari masa ke semasa je!

 

 

Klik gambar dibawah untuk mengetahui Wiper deal yang berbaloi di Presto!