Buka puasa masakan sedunia yang tak perlu passport!

Inilah destinasi-destinasi berbuka puasa dari seluruh dunia yang paling BEST di sekitar lembah Klang yang mesti dicuba bulan Ramadan ini! Haa… Kini anda tidak perlu passport untuk nikmati citarasa sedunia untuk iftar bersama keluarga atau rakan-rakan. Kita dah cuba kesemuanya! Anda bila pula?

 

1. Jombali

-Nasi Goreng Obama Gila Spicy, tulah nama salah satu hidangan di Jombali yang win sangat! Sebaik sahaja kita ternampak nama sebegini di menu, confirm kita kena try! Nasi Goreng ni bukan cinta biasa wooo. Pedas sampai tergelak-gelak! Ada berani? Takyah pergi sampai Bali sebab Jombali ni ada outlet di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang!

 

2. Hadramawt Restaurant

-Peminat masakan Arab pasti suka! Hidangan bufet Arab di Hadramawt Restaurant pasti menjadi favourite ramai. Dari serendah RM44.90, anda akan dapat nikmati pelbagai citarasa Arab seperti Lamb Sambussa, Falafel, Chicken Mendy, Mutabal, Shafut Dawood basha dan banyak lagi! Berbaloi sesangat sangat! Poket anda juga kekal kenyang lepas ni!

 

3. Shinjuku

-Dah jemu buka puasa dengan nasi goreng, bihun dan roti canai? Kita try masakan dari negara matahari terbit pula! Soba, Udon, Tempura dan Ramen style asli Jepun boleh dinikmati di Restoran Shinjuku! Shinjuku juga menawarkan voucher tunai RM50 dan RM100 yang kini hanya RM37.50 dan RM70 masing-masing hanya untuk bulan Ramadan ini! Voucher yang amat berbaloi ini boleh didapati di aplikasi Presto!

 

4. Chakri Palace (Pavilion) / Imperial Chakri Palace (KLCC)

- Masakan Thai cukup terkenal hampir di seluruh dunia, bahkan di Malaysia, citarasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi pilihan ramai. Kalau hidangan Thai di Chakri Palace ini, memang tak sah kalau tak tambah nasi berpinggan-pinggan!

 

5. Marhaba Restaurant

-Satu lagi restoran yang mesti cuba bulan Ramadan ini adalah Restoran Marhaba yang menawarkan bufet Arab dengan masakan yang lazat seperti Chicken Zurbian, Chicken Kabsa, Shish Taouk dan banyak lagi! Dengan harga berpatutan anda pasti tidak akan kecewa dengan hidangan yang ditawarkan!

 

6. Aroma Café by Eden

-Bufet Ramadan ‘Fusion’ di Aroma Café menjadi pilihan kita kerana terdapat beraneka pilihan untuk sekeluarga! Dari makanan barat ke hidangan tempatan, jenis makananya cukup bervariasi dari salad bar, aneka gerai, condiments, buah-buahan segar dan bermacam-macam dessert.

 

7. Lobbee Thai Connection

-Sawadeeka! Lobbee Thai Connection ini memang ada connection yang kukuh dengan hati kita! Sejak deal Ramadan Lobbee muncul di aplikasi Presto, kita dah tak sempat nak buka puasa di situ! Untuk yang belum cuba, Lobbee Thai Connection ini menghidangkan makanan laut masakan Thai yang paling lazat, paling segar dan paling cun di atas muka bumi ini!

 

8. Fish & Co

-Pasti ramai yang pernah kunjungi outlet Fish & Co untuk nikmati makanan laut yang segar! Untuk bulan Ramadan ini, Fish & Co menawarkan ‘Feast Deal’ untuk dikongsi dengan 2-3 kawan untuk hanya RM79.95!

 

9. Klang Executive Club

-Digemari penduduk Klang, K.E.C atau Klang Executive Club adalah satu destinasi yang meriah waktu berbuka puasa! Menjamu selera sebelah kolam renang dan nikmati hidangan bufet makanan barat serta masakan tempatan kegemaran ramai! Pasti puas!

 

10. Mueang Kao

-Satu lagi restoran Thai yang menawarkan pakej Ramadan adalah Mueang Kao di Petaling Jaya! Dapatkan pakej set buka puasa dengan masakan Tom Yum Seafood, Thai Basil Chicken, Deep Fried Kangkung, Mango Salad dan sejag Ice Lemon Tea untuk 2-4 orang hanya dari RM70 di aplikasi Presto!

 

11. Flamingo Hotel by The Lake

-Flamingo Hotel by The Lake di Ampang juga menawarkan pakej bufet Ramadan yang amat berbaloi! Dengan hanya RM65, anda dapat nikmati bufet beraneka pilihan di hotel mewah! Terdapat pelbagai pembuka selera, ulam-ulaman dan juga kaunter hidangan istimewa harian untuk diterokai!

 

Klik gambar-gambar di bawah untuk mengetahui tentang deals berbuka puasa!